fbpx

Akad nikah Mira Filzah video paling sohor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pernikahan Mira Filzah dengan Wan Emir menjadi sohor di YouTube.

PETALING JAYA – Drama pendek oleh pengarah muda, Syahmi Sazli dan parodi sebuah lagu popular oleh Alieff Irfan dan Majlis Akad Nikah Mira Filzah dan Wan Emir antara video paling sohor bagi tahun ini di laman YouTube.

Bagi kategori video muzik, lagu Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali dan M.K Clique, Aku Bidadari Syurgamu nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Jaga-jaga nyanyian Azarra Band ft Beby Acha turut tersenarai antara 10 lagu tersohor di YouTube.

Bagi artis luar negara, penyanyi berkumpulan wanita dari Korea Selatan, Blackpink turut tersenarai dalam kategori video muzik melalui lagu, How You Like That.

Blackpink.

Google Malaysia dalam satu kenyataan berkata, bagi pencipta kandungan, Ustaz Ebit Lew, Sugu Pavithra dan Isa Isarb tersenarai antara 10 pencipta kandungan paling disohor di negara ini.

Individu sama turut tersenarai dalam kategori 10 Pencipta Kandungan Breakout Malaysia.

Ketiga-tiga pencipta kandungan ini telah melonjak keluar dari kaca skrin ke dalam kesedaran orang awam dengan kandungan mereka yang menarik perhatian satu negara dengan rancangan realitinya, sajian masakan dan bantuan kemanusian.

Nabila Razali.

Menurut Google Malaysia, bagi menyelami video sohor kini bagi 2020 dengan lebih mendalam, orang ramai boleh menonton di saluran Video-video Paling Sohor Kini dan Video-video Muzik Paling Sohor Kini di YouTube

Manakala, bagi kandungan popular, mereka boleh terus ke saluran Pencipta Kandungan Paling Popular dan Pencipta Kandungan ‘Breakout’ untuk mengenali para pencipta video tersebut.

Secara keseluruhan kesemua video tersebut telah ditonton lebih dari 363 juta kali, manakala jumlah pelanggan mereka pula mencecah 19 juta orang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI