BUKAN sahaja jelita dan berbakat besar, puteri Saif Ali Khan yang juga pelakon terkenal mempunyai sikap dermawan.
Wanita yang sudah menginjak usia 28 tahun itu dikatakan kerap membuat kerja amal kebajikan atau CSR kepada golongan memerlukan termasuk gelandangan.
Terbaharu, bintang Simmba itu menjadi perhatian paparazi ketika mengedarkan bungkusan makanan di hadapan sebuah rumah ibadah.
Sara tampak kurang selesa apabila gambarnya dirakamkan sehingga meminta semua jurugambar menghormati ruang privasinya.
Tindakan aktres terbabit meraih reaksi positif peminat yang menganggapnya berbeza dengan bintang Bollywood lain.