fbpx

Golongan OKU nikmati tambang feri percuma mulai 8 April

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Soon Hin (dua dari kiri) selepas sidang akhbar di Pangkalan Raja Tun Uda, hari ini.

GEORGE TOWN – Golongan orang kelainan upaya (OKU) bakal menikmati tambang feri percuma bagi semua kategori iaitu pejalan kaki, basikal dan motosikal bemula pada 8 April ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Yeoh Soon Hin berkata, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dengan kerjasama Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) begitu prihatin dengan golongan itu yang menggunakan perkhidmatan feri.

“Bagi meneruskan agenda rakyat terutama rakyat Pulau Pinang bermula 8 April ini, golongan OKU akan menikmati tambang feri percuma bagi semua kategori iaitu pejalan kaki, basikal dan motosikal.

”Keputusan ini juga dibuat dengan mengambil kira sifat kebersamaan dan tidak megetepikan golongan tertentu,” katanya pada sidang akhbar di Pangkalan Raja Tun Uda, di sini hari ini.

Sebelum ini, tambang RM1 dikenakan kepada individu OKU pejalan kaki yang menggunakan perkhidmatan feri.

Menurutnya, mana-mana individu OKU perlu mendaftar di kaunter terminal feri di Pangkalan Sultan Abdul Halim atau Pangkalan Raja Tun Uda dengan membawa kad pengenalan dan kad OKU yang dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

”Pemberian tanpa had ini diharapkan dapat meringankan beban kos pengangkutan golongan tersebut di samping menjadi pilihan terbaik selain menggunakan Jambatan Pulau Pinang.

”SPPP dan PPSB akan terus melaksanakan inisiatif yang dilihat dapat memberi kebaikan kepada orang awam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI