fbpx

‘Bantu kami selamatkan nyawa Muhammad Imam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD Hamzah (kiri) dan isterinya mengharapkan sumbangan orang ramai untuk pembedahan bayi mereka, Muhammad Imam yang berusia dua bulan.

GEORGE TOWN – Sepasang suami isteri dari Kepala Batas, Kedah dekat sini terpaksa me­nerima hakikat bayi mereka, Muhammad Imam yang berusia dua bulan kini menderita jantung berlubang dan perlu menjalani pembedahan segera untuk kembali seperti kanak-kanak seusianya.

Muhammad Hamzah Abdul Fadzil, 25 dan Nurul Syahila Abdul Rahman, 23 juga sanggup me­lakukan apa sahaja selepas melalui pengalaman perit berdepan kehilangan anak sulung yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman semasa kelahiran pramatang sebelum ini.

Pengerusi badan amal One Hope Charity & Welfare, Datuk Chua Sui Hau berkata, Muhammad Imam disahkan menghidap masalah jantung berlubang dan kini terpaksa bergantung dengan alat bantuan pernafasan.

Menurutnya, bayi yang dilahirkan secara normal pada 9 Januari lalu dengan berat 2.96 kilogram turut dikesan mengalami usus tersumbat dan sepatutnya menjalani pembedahan pada 28 Januari lalu.

“Semasa pemeriksaan lanjut sebelum pembedahan itu, doktor telah mengesan terdapat dua lubang pada jantungnya.

“Muhammad Imam yang berasal dari Kepala Batas di Kedah ini perlu dibedah segera dalam tempoh dua minggu ini,” katanya di sini, semalam.

Beritahu beliau lagi, ibu bapa bayi tersebut sangat mengharapkan anak mereka itu dapat membesar dengan sihat dan sempurna.

“Muhammad Hamzah bekerja sebagai pembantu kedai manakala isterinya pula hanya sebagai suri rumah.

“Bantuan orang ramai amat diperlukan bagi mengumpul dana RM85,000 untuk menampung kos pembedahan segeranya,” ujarnya.

Sumbangan boleh disalurkan menerusi onehopecharity.org atau hubungi 016-419 2192 sekiranya mempunyai pertanyaan lanjut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI