fbpx

Motta seperti ‘pisang goreng panas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOTTA (kanan) menarik perhatian banyak kelab Eropah selepas cemerlang membantu Bologna menduduki tangga keempat Serie A ketika ini. – AFP

MILAN – Pengendali Bologna, Thiago Motta memberi bayangan untuk mengikut jejak langkah Xabi Alonso dengan melaungkan kesetiaannya sekali gus menolak tawaran berhijrah untuk menyertai beberapa kelab terkemuka Eropah pada musim depan.

Menurut laporan, kelab gergasi Serie A, AC Milan dilaporkan bersedia untuk memecat khidmat Stefano Pioli selepas gagal mempamerkan prestasi konsisten sepanjang musim ini dengan menjadikan Motta sebagai sasaran No.1 kelab.

Namun, Motta yang telah mencipta kejutan bersama Bologna apabila mampu mencabar kedudukan empat teratas Serie A mengakui tertarik dengan pendirian Alonso untuk terus kekal bersama Bayer Leverkusen.

“Adakah saya akan mengikut jejak Xabi Alonso? Saya tidak pasti tetapi keputusan yang beliau ambil wajar untuk dihormati dan saya ucapkan selamat maju jaya kepadanya.

“Selagi saya masih berada di sini, saya mahu fokus untuk memberikan kejayaan buat penyokong setia kami dalam usaha mengembalikan era kegemila­ngan pasukan,” katanya.

Difahamkan, pengendali ber­usia 42 tahun itu hanya akan membuat keputusan mengenai masa depannya andai skuad I Rossoblu berkenaan berjaya bermain dalam kancah Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Selain Milan, beberapa kelab ternama Eropah seperti Paris Saint-Germain (PSG), Juventus, Barcelona dan Manchester Uni­ted turut berminat mendapatkan khidmat pengendali dari Itali itu.

Motta dianggap salah seorang pemain elit The Azzurri sebelum ini dan pernah mewakili kelab berpengaruh seperti Barcelona, Atletico Madrid, Inter Milan dan PSG sepanjang karier sebagai pemain profesional. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI