fbpx

Helah sorok arak tidak bercukai di bilik rahsia terbongkar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norlela menunjukkan minuman keras yang dirampas oleh pihaknya di Bandar Saujana Putra, Jenjarom baru-baru ini. -Foto FAIZ ALIF ZUBIR

SEPANG – Helah sebuah premis di Bandar Saujana Putra, Jenjarom dekat sini menyorokkan sejumlah minuman keras tidak bercukai di bilik rahsia terbongkar selepas diserbu Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pada 14 Mac lepas.

Penolong Ketua Pengarah Zon Tengah Unit III, Norlela Ismail berkata, serbuan dilakukan oleh pihaknya ke atas premis berkenaan kira-kira pukul 8 malam.

Katanya, dalam serbuan itu, pihak kastam berjaya merampas sebanyak 1,362.27 liter minuman keras tidak bercukai bernilai RM155,600 melibatkan duti dan cukai.

“Hasil pemeriksaan, kami berjaya menemui pelbagai jenis minuman keras dan jenama disimpan dalam bilik rahsia di lokasi berkenaan.

“Terdapat setem cukai dilekatkan pada produk tersebut dipercayai palsu,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Susulan itu, kastma menahan seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun yang juga pekerja premis dan kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Eksais 1976. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI