fbpx

MSU santuni anak yatim sempena program Ceria Barakah 2.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anak-anak Teratak Nur Barakah yang diraikan MSU dalam program Ceria Barakah 2.0

SHAH ALAM – Seramai 20 anak yatim dari Teratak Nur Barakah Seksyen 24, Shah Alam diraikan dalam program Ceria Barakah 2.0 bersempena dengan program MSU Ihya Ramadan 2024 anjuran Management and Science University (MSU) pada 25 Mac lalu.

Program yang dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Media dan Komunikasi Strategik (MSC) itu turut dijayakan dengan sumbangan ikhlas daripada Media Mulia Sdn. Bhd., Easyuni Sdn Bhd, Mios Gastronomy Group, Didadee Sdn Bhd, Versatile Construction Enterprise, Euro Advertising Sdn Bhd, ECI Higher Education Sdn Bhd, Didadee Sdn Bhd serta Zoomer Media Sdn Bhd.

Presiden MSU, Profesor Tan Sri Dr. Mohd Shukri Ab Yajid berkata, matlamat utama program tersebut ialah untuk menunjukkan tanda keprihatinan MSU terhadap aspek kebajikan dan memperkasakan lagi penerapan budaya 2G (Giving and Grateful) dalam kalangan warga kampus dan masyarakat setempat.

Menurut beliau, kanak-anak Teratak Nur Barakah itu telah dibawa ke sebuah rangkaian jenama kedai kasut terkemuka untuk menerima sumbangan barangan seperti kasut dan duit raya, kemudian dibawa ke kampus induk MSU dengan untuk menjamu selera pelbagai juadah berbuka puasa bersama kakitangan MSC.

“ Selain menunjukkan keprihatinan kami, ia juga bertujuan untuk berkongsi kegembiraan bersama anak-anak penghuni Teratak Nur Barakah yang terdiri daripada anak yatim, yatim piatu, fakir, miskin dan asnaf zakat.

“Program tahunan itu juga bertujuan memberi peluang kepada golongan kurang bernasib baik untuk merasai kemeriahan Ramadan dan sambutan Aidilfitri. Malah ia juga merupakan platfom untuk pihak yang terlibat berkongsi rezeki bersama mereka yang memerlukan terutamanya anak-anak yatim ini,” katanya.

Selain itu, agihan juadah pulut kuning, rendang, dan bubur lambuk kepada warga kampus dan penduduk sekitar dan pengagihan barangan keperluan asas kepada komuniti B40 juga turut disempurnakan pada hari berkenaan.

“ Kami berjaya mengagihkan pulut kuning dan rendang kepada kariah Masjid Al-Ikhlas Seksyen 13 Shah Alam dan 1,000 pek bubur lambuk kepada warga kampus melalui “Lambuk Bowl Drive” malah sumbangan barangan keperluan asas juga berjaya disampaikan kepada penerima yang layak melalui “Infaq Hub”, ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI