fbpx

Dua remaja maut motosikal bertembung depan sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mayat mangsa kemalangan tersebut.

SHAH ALAM – Dua remaja lelaki maut dalam kemalangan melibatkan empat buah motosikal di hadapan Sekolah Menengah Bukit Kapar di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.12 malam, kedua-dua mangsa yang merupakan pelajar sekolah dan berusia berusia 15 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku ketika dua mangsa
masing-masing menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC dan Nouvo dalam perjalanan ke Kapar dari Bukit Kapar.

“Mereka kemudiannya bertembung dengan dua lagi buah motosikal jenis Yamaha Lagenda dan Honda AFX dari arah bertentangan yang dinaiki dua lagi individu.

“Impak pertembungan itu, dua daripadanya maut akibat parah di kepala dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan, pihaknya masih mengesan dua penunggang motosikal lain yang berusia 15 hingga 20 tahun yang turut terlibat dalam kejadian itu.

Tegas Vijaya, punca kemalangan masih dalam siasatan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Justeru, mereka yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya kepada pegawai penyiasat trafik, Inspektor Ahmad Fadzli Abdullah di talian 017-5843860,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Caption

Keadaan mayat mangsa kemalangan tersebut

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI