fbpx

Lelaki Myammar ditemui mati lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki warga Myammar ditemui mati lemas di Sungai Padang Malau, Beseri pada malam semalam.

PADANG BESAR – Seorang lelaki warga Myammar ditemui mati lemas di Sungai Padang Malau, Beseri dekat sini malam semalam.

Mayat mangsa, Naung Ngo, 30, dibawa naik oleh pihak bomba kira-kira pukul 9.24 malam sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Saifudin Aslin Abbas berkata, hasil siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah ditemui pada mangsa.

“Doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat lemas.

“Siasatan juga mendapati bahawa mangsa mempunyai penyakit sawan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI