PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan keadaan cuaca cerah di kebanyakkan negeri di seluruh Semenanjung Malaysia serta di negeri Sabah dan Sarawak.
Berdasarkan MetMalaysia, keadaan cuaca lembab boleh berlaku di Pantai Timur Semenanjung Malaysia seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang namun kebarangkalian adalah sedikit rendah berbanding negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia iaitu di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang yang mana dijangkakan akan menerima kurang hujan mulai 3 Mac 2024 ini.
Menurutnya, cuaca lembap akan berlaku sepanjang minggu ini.
Bagaimanapun, MetMalaysia dalam kenyataannya mengatakan keadaan sebelah petang masih lagi menjangkakan cuaca lembab yang akan berlaku hampir di seluruh negeri yang mana hujan berserta ribut petir berpotensi berlaku.
Cuaca sedemikian lebih tertumpu di bahagian pedalaman pantai barat dan juga di bahagian utara Semenanjung Malaysia yang melibatkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan negeri Johor.
“Pada sebelah petang nanti cuaca lembab akan berlaku di negeri Sabah yang melibatkan bahagian pedalaman dan di bahagian pantai barat di bahagian Kudat, Sandakan dan Tawau dijangkakan keadaan cuaca akan mendung.
“Keadaan berbeza akan berlaku di negeri Sarawak, cuaca lembab akan berlaku di hampir semua bahagian di negeri Sarawak terutama di bahagian Selatan dan juga tengah melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, di bahagian Betong, (Sarikei, Sibu, Sri aman, Mukah) dan juga di bahagian Bintulu serta bahagian pedalaman kapit pada sebelah petang nanti,” ujarnya.
Selain itu, keadaan cuaca panas dan suhu melebihi 35 darjah Celcius dijangka masih lagi boleh berlaku di beberapa kawasan di rantau negara sepanjang tempoh ramalan
“Secara lazimnya, semasa fasa peralihan monsun, langit cerah pada waktu pagi, pada waktu petang atau awal malam boleh berlaku ribut petir dalam masa yang singkat dan boleh juga berlaku angin kencang yang menyebabkan kerosakkan pada struktur yang tidak kukuh.
“Jadi pada orang ramai terutama peniaga di bazar Ramadan diharapkan lebih cakna dengan keadaan cuaca dan sentiasa ikuti amaran yang dikeluarkan oleh MetMalaysia,” katanya. – KOSMO! ONLINE