fbpx

Dua superman lakukan aksi berbahaya dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA orang remaja menunjukkan gaya menunggang motosikal ala superman ketika dibawa untuk siasatan dalam Ops Samseng Jalanan oleh polis trafik di Pontian, Johor, malam Sabtu lalu.

PONTIAN – Keseronokan dua remaja yang menunggang motosikal dengan menggayakan aksi superman terhenti apabila berjaya dihidu oleh pihak berkuasa semasa Ops Samseng Jalanan di sini, tengah malam Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib berkata, kedua-dua remaja berusia 19 dan 20 tahun itu ditahan ketika berada di lampu isyarat persimpangan Ayer Baloi pada pukul 1.40 pagi.

Katanya, mereka menggayakan aksi superman bermula dari Surau Parit Dahlan, Api-Api ke Taman Kek Wa di Kampung Pulai Sebatang sejauh 4.5 kilometer pada kira-kira pukul 1.30 pagi.

“Ketika ditahan mereka cuba melarikan diri, namun berjaya dihalang oleh anggota polis yang telah lama bersedia menunggu di lampu isyarat tersebut.

“Kedua-duanya melakukan kesalahan dibawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, kemudian ditahan sebelum dibebaskan dengan jaminan keluarga supaya tidak mengulangi perbuatan yang sama,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, Op Samseng Jalanan melibatkan kawasan bandar Pontian, Parit Semerah, Api-Api, Taman Megah dan Taman Saujana itu telah memeriksa sebanyak 60 buah motosikal dan 75 penunggang.

“Sebanyak 59 saman Pol. 257 dikeluarkan atas pelbagai kesalahan seperti tiada lesen memandu, ubah suai ekzos, tiada nombor pendaftaran, nombor pendaftaran ‘fancy’dan lain-lain kesalahan,” jelasnya.

Tambah beliau, manakala 11 buah motosikal telah disita kerana melakukan kesalahan dibawah Seksyen 64 APJ 1987 bagi tujuan siasatan dan pemeriksaan lanjut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI