fbpx

Kilang sarung tangan getah terbakar 40 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadam kebakaran sebuah kilang sarung tangan getah di Jalan Padang Meha, Kulim malam tadi.

KULIM – Sebuah kilang sarung tangan getah musnah kira-kira 40 peratus dalam kebakaran di Jalan Padang Meha, di sini malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 10.27 malam.

Katanya, Pusat Gerakan Operasi (PGO) negeri kemudian mengarahkan jentera Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi-Tech, Kulim dan Tasek Gelugur serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) ke lokasi kebakaran.

“Sebaik tiba di lokasi didapati kebakaran melibatkan sebuah kilang sarung tangan getah dengan anggaran kemusnahan kira-kira 40 peratus.

“Operasi memadam kebakaran menggunakan empat aliran tujuh pancutan dari dua jentera dilakukan dengan dibantu PBS berdekatan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal pada pukul 11.30 malam tadi.

“Kawasan kilang yang terbakar melibatkan ruang simpanan produk siap dan kawasan pengeluaran dengan struktur kilang turut terjejas akibat kebakaran itu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI