fbpx

Tiga beranak dikhuatiri lemas dihanyutkan kepala air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi tiga beranak disyaki lemas selepas kejadian kepala air di sebuah sungai di Kota Perdana, Serdang, hari ini.

SERDANG – Tiga beranak dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan dalam kejadian kepala air di sebuah sungai di Jalan KP 4/9 Kota Perdana, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian pada pukul 4.35 petang tadi.

Katanya, enam anggota dan pegawai serta sebuah jentera keluar Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang bergegas ke lokasi kejadian dibantu unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) BBP Shah Alam.

“Pihak bomba menerima maklumat daripada ayah mangsa terdapat tiga orang kanak-kanak (dua lelaki satu perempuan) dan seorang wanita dewasa dipercayai lemas di sungai.

“Kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh anggota bomba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, ketika kejadian mangsa sekeluarga sedang menjala ikan di sungai tersebut sebelum berlaku tragedi kepala air.

Bagaimanapun, katanya, seorang kanak-kanak lelaki berjaya dijumpai oleh orang awam dalam keadaan selamat pada pukul 5 petang tadi.

“Tiga lagi mangsa masih belum dijumpai iaitu isteri mangsa berusia 38 tahun, kanak-kanak lelaki (10 tahun) dan seorang kanak-kanak perempuan (4 tahun),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI