fbpx

Seorang lagi mangsa nahas Perodua Myvi, lori ikan meninggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Perodua Myvi selepas terlibat kemalangan dengan lori ikan di Jalan Sungai Limau Dalam, Yan Jumaat lalu.

YAN – Seorang lagi mangsa kemalangan membabitkan kereta jenis Perodua Myvi dan lori ikan di Jalan Sungai Limau Dalam, di sini pada Jumaat lalu meninggal dunia, hari ini.

Mangsa, Faridah Awang Dahman, 66, yang merupakan penumpang belakang Perodua Myvi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani pada pukul 3 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, pihaknya dimaklumkan oleh pihak hospital tentang berita kematian mangsa awal pagi tadi.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik HSAH untuk proses bedah siasat,” katanya di sini hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan dua wanita warga emas meninggal dunia manakala seorang parah selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah lori ikan pada pukul 11.10 pagi, Jumaat lalu.

Dalam kejadian itu, dua rakan Faridah yang menetap di Pondok Ustaz Fauzi di Sungai Yan meninggal dunia, manakala dia cedera parah dan diberikan rawatan di HSAH.

Penumpang hadapan, Zabidah Bakar, 75, meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu kereta, Naemah Mohamad, 70, meninggal dunia sejam selepas dimasukkan ke hospital. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI