fbpx

Lelaki Israel didakwa dalam misi buru geng seteru di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menahan Avitan di sebuah hotel di Jalan Ampang, Rabu lalu. - GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Suspek lelaki Israel yang ditahan bersama beg berisi enam pucuk senjata dan 200 butir peluru pada Rabu lalu dikenal pasti sebagai Shalom Avitan, lapor akhbar Times of Israel.

Dia didakwa mempunyai kaitan dengan sebuah kumpulan penjenayah Israel yang dikenali sebagai Musli Brothers.

Laman berita Mako melaporkan, Avitan berada dalam misi untuk membunuh ketua sebuah kumpulan seteru, Eran Haya.

Kedua-dua sindiket itu didakwa terlibat dalam perbalahan ganas selama berbulan-bulan.

Menurut Channel 12, rumah Avitan di kawasan kejiranan Bavli yang mewah di Tel Aviv, menjadi sasaran beberapa serangan bom tangan yang dilakukan ‘orang’ Haya pada pertengahan bulan ini.
“Ia berlaku ketika Haya memasuki Malaysia,” kata laporan tersebut.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberkas seorang lelaki warga Israel di sebuah hotel di Jalan Ampang, Kuala Lumpur Rabu lalu.

Menurut Razarudin, hasil pemeriksaan mendapati suspek memasuki Malaysia menggunakan pasport Perancis sejak 12 Mac lalu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Apabila soal siasat dibuat, dia (suspek) telah pun memberi satu lagi pasport asal iaitu Israel sendiri.

“Kita telah merampas beg berisi enam senjata api. Kononnya, dia mencari seorang penama Israel juga untuk dibunuh kerana ada isu keluarga kononnya,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI