fbpx

Warga emas OKU umur 62 tahun baru dapat MyKad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Mardiah (kanan) menunjukkan MyKad adiknya, Muhammad Ruslan yang diserahkan oleh pihak JPN di rumahnya di Wakaf Bharu, Tumpat hari ini. - Foto oleh ROHANA ISMAIL / KOSMO!

TUMPAT – Penantian selama 62 tahun keluarga kepada seorang orang kelainan upaya (OKU) mental untuk lelaki itu memiliki Mykad akhirnya tercapai selepas pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menghantar dokumen itu ke rumahnya di Wakaf Bharu, di sini hari ini.

Kakaknya, Noor Mardiah Ali, 64, berkata, meskipun adiknya, Muhammad Ruslan, 62, tidak memahami dan tidak tahu kepentingan MyKad, dia bersyukur apabila dia akhirnya mempunyai dokumen pengenalan diri.

Katanya, pemberian MyKad itu sekali gus memudahkan urusan untuk memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan membuka akaun bank.

“Saya bimbang jika Muhammad Ruslan meninggal dunia tanpa ada MyKad. Sudah pasti sukar untuk uruskan pengebumiannya nanti.

“Kini, kami sekeluarga tidak lagi bimbang dengan situasi itu. Kami menunggu masa untuk memohon bantuan OKU dari JKM dan membuka akaun bank,” katanya ditemui pemberita selepas penyerahan MyKad oleh Ketua Pengarah JPN, Badrul Hisham Alias di rumahnya di Wakaf Bharu di sini hari ini.

Badrul Hisham (kanan) menyerahkan MyKad Muhammad Ruslan kepada Noor Mardiah (tiga dari kiri) di rumahnya di Wakaf Bharu, Tumpat hari ini. – Foto oleh ROHANA ISMAIL / KOSMO!

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah JPN (Operasi) Sarinah Apisah, Pengarah JPN Kelantan, Asrehan Ab. Razak dan pihak JKM.

Noor Mardiah yang juga ibu tunggal memberitahu, dia menjaga lima adik-beradiknya yang merupakan OKU termasuk Muhammad Ruslan selepas ibu bapanya meninggal dunia beberapa tahun lalu.

Katanya, hanya Mohammad Ruslan yang tercicir pendaftaran MyKad kerana dia sukar untuk diuruskan apabila sering berbogel.

“Kesukaran itu menyebabkan ibu bapa saya dahulu tidak mendaftar MyKad untuknya. Empat lagi adik yang OKU iaitu Norhasmiza, 51, Abdul Halim, (49), Mohd. Redzuan, (47) dan Mohd. Hafiz, (41) tinggal bersama di rumah peninggalan ibu bapa kami,” katanya.

Noor Mardiah berkata, dia tinggal bersebelahan rumah itu dan akan menghantar makanan dan minuman kepada semua adik-beradiknya.

Menurutnya, Norhasmiza merupakan OKU lembam dan pandai memasak selain menguruskan hal rumah sekali gus meringankan tugas hariannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI