PELAKON Kristen Stewart nekad melakukan proses membekukan sel telur sebagai persediaan awal untuk memiliki cahaya mata suatu hari nanti.
Perkara tersebut didedahkan sendiri pelakon filem Twilight itu ketika ditemu bual program No Skinny But Not Fat.
Dalam temu bual tersebut, Stewart mengakui ingin menimang cahaya mata selepas berkahwin dengan kekasihnya, namun perkara tersebut dianggap mustahil memandangkan kedua-duanya adalah wanita.
“Jadi saya telah membekukan sel telur, begitu dengan dengan Meyer (kekasih). Kami akan sama-sama menimang cahaya mata nanti,” katanya.
Katanya lagi, jika dia mampu memiliki anak sendiri dengan cara begitu (membekukan sel telur), mengapa tidak dia memanfaatkan teknologi moden yang hebat pada hari ini.