fbpx

3 anggota pemerhati PBB cedera dalam serangan di Lebanon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan UNIFIL meronda di tapak pengeboman Israel di perkampungan Kafra, selatan Lebanon pada 29 Februari 2024. - AFP

BEIRUT – Tiga anggota pemerhati Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan seorang penterjemah cedera akibat serangan di Rmeish, selatan Lebanon, kata misi pengaman PBB seperti dilaporkan Perbadanan Penyiaran British (BBC) semalam.

Agensi Berita Nasional milik negara itu melaporkan, serangan dron Israel adalah punca letupan, namun tentera Zionis menafikan ia bertanggungjawab dalam kejadian tersebut.

Menurut Pasukan Interim PBB di Lebanon (UNIFIL), mangsa yang cedera menerima rawatan, manakala punca letupan kini disiasat.

UNIFIL berkata, pemerhati tentera, dari Australia, Chile dan Norway, dan seorang pembantu bahasa dari Lebanon dilaporkan telah membuat rondaan berjalan kaki di sekitar apa yang dipanggil Garisan Biru PBB, yang bersempadan antara Israel dan Lebanon.

Ia turut menyifatkan sasaran pasukan pengaman sebagai tidak boleh diterima di garisan biru yang memisahkan selatan Lebanon dari Israel.

Jurucakap UNIFIL, Andrea Tenenti memberitahu BBC bahawa lokasi jauh ke dalam negara itu semakin kerap dipilih sebagai sasaran yang berpotensi mencetuskan konflik lebih meluas. – AFP/ AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI