PETALING JAYA – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi kejutan istimewa apabila meluangkan masa berbuka puasa di lapangan bersama anggota-anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Bukit Tinjau di Sepang, Selangor, semalam.
Menerusi video perkongsian PDRMsia PRO di YouTube, Razaruddin dilihat membawa juadah makanan dan berkesempatan untuk melihat keadaan kemudahan yang terdapat di PGA Bukit Tinjau.
Antara yang ditinjau termasuklah bilik asrama, tandas dan keadaan di sekeliling kem berkenaan.
Selain itu, beliau turut mengimamkan pasukan tersebut menunaikan solat tarawih bersama dan diakhiri dengan sesi bersalaman dan bergambar beramai-ramai.
“Beliau turut mendoakan agar semua petugas sentiasa dilindungi sepanjang menjalankan tugas yang tidak kira masa demi memastikan keselamatan negara terjamin,” kata PDRMsia PRO dalam kenyataanya.
Dalam pada itu, pemegang akaun Youtube ini menjelaskan kesemua anggota tersebut dipertanggungjawabkan untuk memastikan keselamatan laluan pintu keluar masuk negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sentiasa selamat. – KOSMO! ONLINE
@igrazor Ramadan bertambah berkat apabila rezeki dapat kita kongsi bersama. Insya-Allah. Semalam sejurus pulang dari pejabat, saya berpeluang dapat berbuka puasa bersama ‘anak-anak buah’ yang berkawal di Pos Pasukan Gerakan Am (PGA) Bukit Tinjau dekat, Sepang, Selangor. Anggota PGA ini sentiasa memastikan keselamatan sekitar pintu masuk utama ke negara kita iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sentiasa selamat dari sebarang anasir yang tidak diingini. Penghargaan yang tidak berbelah bahagi kepada semua petugas keselamatan Polis Diraja Malaysia yang sentiasa amanah bertugas tanpa mengira masa dan ketika, lebih-lebih lagi di bulan mulia Ramadan Al-Kareem. Moga-moga ganjaran baik dari Allah SWT buat mereka. #igrazor #polisdirajamalaysia #fyp ♬ Ramadan – Lux-Inspira