fbpx

Tebusan kelab malam di Belanda bebas, suspek diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan kecemasan berkumpul di sekitar Cafe Petticoat di Ede, semalam. - AFP

AMSTERDAM – Babak tebusan di sebuah kelab malam popular di bandar Ede, timur Belanda berakhir selepas polis menahan seorang lelaki bertopeng, lapor laman berita Wion News.

Suspek sebelum itu menjadikan orang awam sebagai tebusan dan mengancam untuk meletupkan dirinya.

Pihak berkuasa Belanda mengesahkan bahawa tiga pengunjung kelab malam tersebut telah dibebaskan selepas ia menghantar peralatan robotik untuk memantau keadaan tebusan di dalam Cafe Petticoat.

“Tebusan terakhir telah dibebaskan, manakala seorang individu diberkas,” kata polis sambil menambah, tiada maklumat  boleh dikongsikan ketika itu.

Sementara itu, Datuk Bandar Ede, Rene Verhulst berkata, pihak berkuasa dapat mengosongkan beratus-ratus rumah berhampiran lokasi kejadian semasa pengepungan. 

“Setakat yang kami tahu, suspek dikenali oleh polis dan merupakan warganegara Belanda,” jelas Verhulst. 

Akhbar tempatan, De Telegraaf melaporkan, orang ramai ditawan di kelab tersebut oleh ‘lelaki lengkap bersenjata dan bahan letupan’. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI