fbpx

14 ‘rempit Ramadan’ dicekup, 20 motosikal disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis memeriksa motosikal yang ditahan dalam Op Samseng Jalanan di KM131, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Sama Gagah, pagi tadi.

SEBERANG PERAI – Seramai 14 pelesit rempit ditahan polis selepas dipercayai melakukan aktviti lumba haram pada malam Ramadan ke-20 di Kilometer 131 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara dekat Sama Gagah, Seberang Perai Tengah di sini, pagi tadi.

Penahanan kesemua individu berusia dalam lingkungan 20 hingga 30-an itu dilakukan menerusi Op Samseng Jalanan yang dijalankan bermula pukul 12 malam hingga 4 pagi.

Operasi tersebut melibatkan seramai 57 anggota termasuk tiga pegawai dari bahagian Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dan Bukit Aman.

Turut sama menjalankan operasi itu adalah pihak PLUS Malaysia Berhad.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, dalam operasi terbabit, seramai 60 penunggang motosikal telah ditahan untuk pemeriksaan

“Bagaimanapun, 14 daripada mereka (penunggang motosikal) ditahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala sebanyak 20 motosikal turut disita.

“Tangkapan di bawah seksyen tersebut kerana didapati melakukan aksi berlumba berkumpulan, melawan arus, membuat aksi yang membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan seperti ‘superman’, menunduk serta membawa kenderaan dengan kelajuan tinggi,” katanya di sini, sebentar tadi.

Dalam pada itu, beliau berkata, dalam operasi tersebut juga sebanyak 100 keping saman atas pelbagai kesalahan jalan raya telah dikeluarkan ke atas pemilik motosikal terbabit.

“Operasi yang dijalankan pada bulan Ramadan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan aktiviti lumba haram dalam kalangan penunggang motosikal sambil mempamerkan aksi bahaya,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI