fbpx

Awas, peniaga ‘colek’ di Kelantan dipantau KPDN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azman (kanan) menyampaikan baucar petrol kepada seorang peniaga pada Majlis Pelancaran BRR Madani di Mydin Mall Tunjong, Kota Bharu, hari ini. Foto ROSMIZAN RESDI

KOTA BHARU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan mengingatkan semua peniaga yang menjual colek sepanjang bulan Ramadan ini agar tidak menaikkan harga makanan tersebut sesuka hati.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata, seramai 142 pegawai penguat kuasa telah digerakkan setiap hari bagi memantau dan memeriksa kedai-kedai yang menjual colek.

Menurutnya, antara kesalahan yang biasa dilakukan adalah tidak meletakkan tanda harga atau mengelirukan pelanggan yang boleh dikenakan kompaun di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

“Sepanjang pemantauan dan pemeriksaan yang dilakukan setakat ini, hanya seorang peniaga telah diberi amaran iaitu kesalahan tidak meletakkan tanda harga dan mengelirukan pembeli.

“Kita tidak akan teragak-agak kompaun jika mereka masih ingkar selepas amaran diberikan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Bazar Ramadan Rahmah (BRR) Madani di Mydin Mall Tunjong, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI