fbpx

Pelakon Asyraf Aley bakal bergelar bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASYRAF Aley dan isterinya Wardina Anuar bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.

PETALING JAYA – Selepas tujuh bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Asyraf Aley bakal bergelar bapa apabila mengumumkan isterinya kini sedang berbadan dua.

Asyraf atau nama lengkapnya Ashraf Ali Sharifuddin, 26, mengumumkan berita gembira berkenaan menerusi hantaran dalam Instagramnya lima hari lalu.

Menerusi perkongsian tersebut, pelakon yang terkenal menerusi drama Jejak Karmila itu berkongsi tiga keping gambar bersama isterinya, Wardina Anuar di sebuah lokasi.

“Saya masih tidak percaya kami akan bergelar ibu dan bapa tidak lama lagi. Saya gembira dan pada masa sama terkejut. Bagaimanapun, saya bersyukur atas segala kurnia.

“Sayangku Wardina, tiada kata-kata mampu saya ungkapkan atas perjalanan yang telah kita harungi. Terima kasih kerana menjadi wanita yang saya impikan.

“Terima kasih Allah SWT. Kamu adalah sebahagian daripada kami, si kecil. Jadi sekarang, jom membeli-belah barangan bayi!” tulisnya.

Asyraf mendirikan rumah tangga bersama Wardina yang merupakan model hijab, 19, pada 6 Jun lalu selepas berkenalan ketika bertemu di sebuah konsert di Jakarta, Indonesia.

K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI