fbpx

Pengurus bas dalang penyeludupan syabu RM10.3 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kok Chin (dua kanan) menunjukkan bungkusan dadah yang dirampas polis di IPK Selangor, hari ini. Foto AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Kegiatan penyeludupan dadah yang turut didalangi pengurus bas persiaran sejak Oktober lalu akhirnya tumpas dengan rampasan syabu bernilai RM10.3 juta, Rabu lalu.

Kejayaan itu hasil serbuan terhadap sebuah rumah teres sekitar daerah ini kira-kira pukul 7.30 malam disertai penahanan empat ahli sindiket terbabit yang berusia 23 hingga 40 tahun.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Khaw Kok Chin berkata, serbuan dilakukan susulan empat pemeriksaan di sekitar Kedah dan Terengganu, pada hari yang sama.

“Semua syabu yang dirampas seberat 312.7 kilogram berkenaan dijumpai di dalam bahagian bonet tiga kenderaan di rumah tersebut.

“Tiga suspek menjadi transporter dengan upah antara RM15,000 hingga RM30,000 bagi setiap penghantaran. Seorang lagi bekerja sebagai pengurus sebuah syarikat bas persiaran dipercayai mengkoordinasi pergerakan dadah masuk ke dalam negara,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.

Katanya, modus operandi sindiket berkenaan adalah dengan membawa masuk dadah dari negara jiran melalui jalan darat menaiki kereta yang diubah suai dan kemudiannya berhenti di sebuah lokasi bagi pastikan mereka tidak diekori polis.

“Semua suspek direman selama enam hari sehingga 2 April depan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI