fbpx

Polis minta pemandu kereta dibaling batu buat laporan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar rakaman video yang menunjukkan sebiji batu dipercayai dilemparkan ke arah kereta pengguna lebuh raya di Kampar. Foto MEDIA SOSIAL

IPOH – Polis meminta pemandu yang menjadi mangsa kenderaan dibaling batu sehingga cermin hadapan retak serta tular di media sosial, tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, berdasarkan rakaman video kejadian itu berlaku di Kilometer 311 hingga 310, Lebuh Raya Utara – Selatan arah Utara Kampar, dekat sini pada pukul 6.36 petang, 22 Mac lalu.

“Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Perak telah mengesan hantaran mengenai kejadian itu. Namun, semakan dapati tiada sebarang laporan dibuat hingga kini,” katanya di sini, hari ini.

Beliau menegaskan, pihaknya akan memastikan keselamatan pengguna jalan raya dengan mengesan pelaku bagi mengelakkan kejadian sama berulang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI