fbpx

Salam Perantauan 31 Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAUH perjalananku mencari ilmu bakti,
Meninggalkan insan tercinta keluarga yang dirindui,
Pengorbanan dan perpisahan erti perjuangan abadi,
Semoga hidup senantiasa diberkati.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri buat kaum keluarga terutamanya ibu dan ayah serta adik saya di Setiawangsa, kaum keluarga di Taman Melawati, Kedah, Perlis dan Melaka.
Tidak dilupakan kepada semua
guru-guru, pensyarah serta rakan taulan dan rakan sekerja yang mengenali insan ini.
Semoga ibadah di bulan Ramadan tahun 1445 Hijriah diberkati dan Syawal yang menjelma tiba dirai dengan kesyukuran dan kemaafan.

Daripada: Muhammad Syafiq Ahmad Sabri
Lokasi: University of Liverpool, United Kingdom

 

Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin diucapkan kepada seluruh keluarga dan sahabat-sahabat yang berada di Malaysia terutamanya yang berada di Kedah, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan. Semoga hari raya kali ini dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan silaturahim walaupun jarak yang agak jauh memisahkan kita. Didoakan kita untuk dipermudahkan segala urusan yang mendatang. Insya-Allah.

Daripada: Lt. Kol. Mohd Baizuri Abdullah TUDM (TIM PROJEK UAS TUDM), Mej Nur Ain Mohd Nasir TUDM, Ainul Mardhiah dan Ben Hazikh
Lokasi: Ankara, Turkiye

 

KAMI ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada ahli keluarga dan semua yang mengenali. Kami dengan rendah hati menyusun sepuluh jari memohon kemaafan. Semoga lebaran kali ini memberi makna yang lebih besar untuk kita semua.

Daripada: Nur Afiqah Insyirah Abd. Aziz dan rakan-rakan
Lokasi: University Al al-Bayt, Mafraq, Jordan

 

Kami ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin kepada ibu bapa kami di Saujana Utama, Hajjah Hamisah, Datin Hajjah Alimah dan Datuk Haji Azman Shah. Kepada adik-beradik kami yang berada di Lembah Klang, sanak saudara, jiran-jiran di Saujana Utama Sungai Buloh dan seluruh sahabat kami. Semoga Aidilfitri kali ini dapat mengeratkan ukhuwah kita bersama.

Daripada : Ahmad Rafil Adha Abdul Rani, Azlindahayu Datuk Azman Shah, Alleesya Raihanna Ahmad Rafil Adha dan Aisy Raffael Ahmad Rafil Adha
Lokasi : Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI