fbpx

Perlis, Kedah antara negeri dilanda hujan lebat petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan amaran hujan lebat, ribut petir, dan angin kencang di 10 negeri sehingga 7.00 petang, hari ini.

Selain itu menurut MetMalaysia, cuaca buruk sama turut melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Hujan lebat dijangka berlaku di utara Semenanjung melibatkan seluruh Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling), dan Perak (Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Batang Padang).

“Dalam pada itu, cuaca buruk sama diramal tertumpu di Pantai Timur Semenanjung melibatkan Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Jerantut),” kata MetMalaysia menerusi kenyataan.

Namun sebelum menjelang malam katanya, hujan lebat petang ini beransur reda di Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka dan Johor.

“Ia melibatkan Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang), Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Rembau dan Tampin), Melaka, dan Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).

“Sementara di Sarawak, berlaku ribut petir di satu dua tempat yang tertumpu di Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song), Bintulu (Bintulu dan Sebauh) dan Miri (Subis),” tambah MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI