fbpx

Thailand berdepan risiko gelombang haba 220 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan orang awam menggunakan payung ketika cuaca panas melanda Bangkok. - AFP

BANGKOK – Asia Tenggara berisiko dilanda gelombang haba yang lebih buruk berbanding rantau lain sekiranya Perjanjian Paris tentang perubahan iklim gagal dikuatkuasakan secara berkesan, kata seorang ahli akademik Thailand seperti laporan akhbar The Nation.

Pengarah Pusat Perubahan Iklim dan Bencana Universiti Rangsit, Profesor Seree Suparathit berkata, Thailand berpotensi mengalami cuaca panas ekstrem selama 220 hari setahun dalam tempoh 20 tahun lagi.

Seree berkata, negaranya akan berdepan situasi itu jika Perjanjian Paris tidak dikuatkuasakan dengan berkesan.

Perjanjian Paris dimeterai selepas negara-negara anggota bersetuju mengehadkan pemanasan global di bawah paras 2 darjah Celsius dan seterusnya kepada paras lebih rendah iaitu 1.5 darjah Celsius.

Seree berkata, jika matlamat yang ditetapkan oleh resolusi tersebut tidak tercapai, Asia Tenggara, khususnya Thailand akan membayar ‘harga yang tinggi’.

Beliau membuat ramalan itu berdasarkan Laporan Penilaian 5 (AR5) dan Laporan Penilaian 6 (AR6) oleh Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (IPCC).

Menurut AR5 dan AR6, jika suhu global meningkat sebanyak 1.5 darjah Celsius, Thailand akan dilanda gelombang haba selama 20 hingga 30 hari di bahagian utara dan timur laut negara itu.

Gelombang haba 30 hingga 40 hari pula akan berlaku di rantau tengah dan timur Thailand jika suhu meningkat 1.5 darjah Celsius.

Jika suhu global menokok 2 darjah Celsius, gelombang panas lebih lama antara 50 hingga 60 hari dijangka di utara dan timur laut negara itu.

Dalam senario terburuk jika suhu global melonjak 4.5 darjah Celsius, gelombang haba boleh dialami selama 180 hingga 240 hari di Thailand. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI