fbpx

Lima Exco Perak pula angkat sumpah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lima ADUN mendapat perkenan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak atau Exco bersama Menteri Besar Perak baharu, Datuk Saarani Mohamad (tiga dari kiri) di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar hari ini.

KUALA KANGSAR – Lima Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak atau Exco selesai mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah di sini hari ini.

Mereka terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lintang, Datuk Zolkafly Harun (BN), Datuk Shahrul Zaman Yahya (BN-Rungkup), Datuk Dr. Wan Norashikin Wan Noordin (BN-Kampong Gajah), Khairul Shahril Mohamed (BN-Bota) dan Datuk Zainol Fadzi Paharudin (Bersatu-Sungai Manik).

Selepas selesai mengangkat sumpah sebagai Exco, kesemua mereka kemudian menandatangi surat pelantikan dengan disaksikan Hakim Utama Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Hisham Hashim.

Pelantikan kesemua mereka diperkenan Sultan Nazrin mengikut Perkara XVI Fasal 2 (a) Undang undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI