fbpx

Pasangan suami bekal senjata api direman 7 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pistol dan peluru yang dirampas polis di hotel Jalan Ampang pada Rabu lalu. FOTO ihsan PDRM

PETALING JAYA – Pasangan suami isteri yang menjadi pembekal senjata kepada lelaki Israel direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, reman kedua-dua suspek tempatan berusia 42 dan 40 tahun itu bermula hari ini di bawah Akta Senjata 1960.

“Suami isteri itu direman tujuh hari dan siasatan masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu Kosmo! melaporkan suami isteri berkenaan ditahan di bazar Ramadan di Kuala Selangor, kira-kira pukul 7.30 malam, semalam.

Susulan itu, polis merampas sepucuk pistol dalam kereta jenis Honda Jazz yang berada di kediaman mereka di Kuala Selangor.

Hasil soal siasat mendapati bekalan senjata dibeli di Thailand sebelum diserahkan kepada seorang lelaki Israel yang ditahan di hotel Jalan Ampang, Rabu lalu

Polis turut menjumpai beg berisi enam pistol termasuk SIG Sauer, Smith dan Wesson serta Glock selain 200 butir peluru.

Suspek difahamkan memasuki Malaysia dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 12 Mac lalu. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI