fbpx

Lelaki Israel ditahan: Suami isteri jadi ‘tali barut’ beli senjata di Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pasangan suami isteri tempatan dipercayai membeli senjata api di Thailand sebelum menjualnya kepada lelaki warga Israel yang ditahan di sebuah hotel Jalan Ampang pada Rabu lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husin mengesahkan perkara itu namun enggan mengulas lanjut.

Pasangan suami isteri berusia 42 dan 40 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di bazar Ramadan di Kuala Selangor kira-kira pukul 7.15 malam.

Polis turut menemukan sepucuk pistol dalam sebuah beg galas dalam kereta Honda Jazz di kediaman mereka yang terletak di Kuala Selangor.

Sebelum ini, polis turut menahan seorang lelaki tempatan di Cameron Highlands, Pahang, yang dipercayai pemandu kepada lelaki Israel terbabit sejak memasuki negara ini pada 12 Mac lalu.

Terdahulu Kosmo! melaporkan lelaki Israel berusia 36 tahun itu menggunakan pasport negara Perancis dan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Susulan penahanan itu, polis menjumpai beg berisi enam pucuk senjata api bersama 200 butir peluru. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI