fbpx

Suami isteri bekal senjata kepada warga Israel ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin ketika sidang akhbar di sini, semalam. FOTO: KOSMO!/ AMARULLAH ZAINUZZAMAN

PETALING JAYA – Pasangan suami isteri warga tempatan ditahan polis selepas disyaki membekalkan senjata api kepada lelaki warga Israel yang ditahan di sebuah hotel di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, pada Rabu lalu.

Difahamkan, suspek masing-masing berusia berusia 42 dan 40 tahun itu ditahan di sebuah bazar Ramadan di Kuala Selangor semalam.

Pasangan terbabit akan direman bagi membantu siasatan lanjut.

Semalam Kosmo! melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain bimbang dan berwaspada akan keselamatan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan penahanan seorang lelaki Israel bersama beg berisi enam pucuk senjata dan 200 butir peluru, pada Rabu lalu.

Menurut Razarudin, lelaki Israel berusia 36 tahun itu ditahan di sebuah hotel Jalan Ampang, di sini, dan mendakwa suspek telah menetap di beberapa hotel sebelum dicekup polis di hotel terbabit.
Hasil pemeriksaan mendapati suspek memasuki Malaysia menggunakan pasport Perancis sejak 12 Mac lalu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Beliau berkata, pemeriksaan di bilik hotel menemukan senjata api jenis Glock 19 Marine, Glock 17 Gen 4, Smith and Wesson, Sih Sauer dan Stoeger serta peluru yang diletakkan di dalam beg.

Beliau yakin suspek tidak bergerak secara bersendirian dan berkemungkinan mempunyai rangkaian dengan individu tertentu yang masih belum dikenal pasti. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI