fbpx

Guru buat gigitan cinta dekat pelajar ‘direhatkan’ mengajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina (tiga dari kiri) hadir pada Majlis Berbuka Puasa di Masjid Daerah Seberang Perai Selatan, hari ini.

SEBERANG PERAI – Guru wanita yang dikatakan bercinta dengan seorang pelajarnya di sebuah sekolah menengah di Sepang, Selangor direhatkan daripada tugas sehingga siasatan berhubung kes itu selesai.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, guru wanita tersebut perlu mematuhi sepenuhnya prosedur siasatan kes itu yang dijalankan pihak polis terlebih dahulu sebelum Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tindakan lanjut.

Menurutnya, kes terbabit kini masih dalam siasatan polis dan pihaknya memberikan komitmen sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

“Ia masih dalam siasatan di peringkat polis, maka sebab itu saya tegaskan berulang kali yang KPM memberikan komitmen sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

“Pada masa sama, kami ketika ini mengambil pendekatan untuk melindungi anak-anak kita sepenuhnya dan guru wanita itu tidak ada langsung cara untuk akses (bertemu) dengan pelajar terbabit kerana kita telah melindunginya,” katanya ketika diminta mengulas perkembangan siasatan kes seorang guru wanita yang didakwa bercinta dengan seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun hingga tular di media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI