fbpx

 Jalur lebar di Kampung Watt Paya Mat Inson dinaik taraf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Pelaksanaan naik taraf liputan perkhidmatan jalur lebar di Kampung Watt Paya Mat Inson, Pendang, Kedah dan kawasan sekitarnya akan diselesaikan beberapa bulan lagi.

Itu jaminan diberikan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) selepas sesi dialog antara penduduk bersama Exco Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kedah, Wan Romani Wan Salim, semalam.

SKMM menerusi kenyataan akhbar berkata, pihaknya akan berusaha mempercepatkan pelaksanaan naik taraf liputan 3G sedia ada di kampung tersebut kepada 4G termasuk di kampung sekitar seperti Kampung Baloh dan Kampung Huma.

Menurutnya, masalah kesesakan talian dan kekurangan kapasiti yang menjejaskan kelajuan data mudah alih di kawasan berkenaan akan diatasi segera.

“Penduduk yang terdiri daripada masyarakat Siam sebelum ini mengadu proses pembelajaran anak-anak menggunakan saluran dalam talian tidak dapat dilakukan kerana faktor kelajuan jalur lebar yang tidak memuaskan,” katanya di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI