fbpx

Peniaga kedai kopi terima bantuan kewangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Rodzi Jaafar (kanan) menyampaikan bantuan modal kepada salah seorang peniaga kedai kopi di Gaal, Pasir Puteh.

PASIR PUTEH – Seramai 187 peniaga kedai kopi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gaal di sini mendapat bantuan kewangan untuk meneruskan semula perniagaan selepas terjejas sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gaal, Mohd. Rodzi Jaafar berkata, kerajaan negeri menyalurkan bantuan sebanyak RM350 hingga RM1,000 bagi membolehkan peniaga yang terjejas membuka semula kedai kopi yang diusahakan.

Menurutnya, penularan wabak Covid-19 sebelum ini memaksa mereka menutup kedai sehingga kehilangan modal dan sumber pendapatan.

“Bantuan ini diberikan secara berperingkat-peringkat sejak bulan September lalu dan jumlahnya bergantung kepada modal yang diperlukan serta tidak melebihi RM1, 000.

“Bantuan yang sama turut diagihkan kepada peniaga gerai yang dikenal pasti terkesan sewaktu PKP baru-baru ini,” katanya ketika ditemui Kosmo! selepas menyampaikan bantuan modal kepada peniaga terbabit di Pusat Khidmat Rakyat (DUN) Gaal. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI