fbpx

Leverkusen menanti masa dakap trofi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEVERKUSEN hanya memerlukan tiga kemenangan lagi termasuk aksi menentang Hoffenheim malam ini untuk mengesahkan kejuaraan Bundesliga. – AFP

LEVERKUSEN – Bayer Le­verkusen yang masih belum tewas musim ini berpeluang untuk melebarkan penguasaan di puncak Bundesliga dengan menewaskan Hoffenheim di BayArena malam ini bagi terus menjarakkan diri dengan juara bertahan, Bayern Munich.

Skuad Die Werkself dikatakan hanya perlu memenangi tiga perlawanan lagi untuk mendakap trofi Bundesliga pertama dalam sejarah kelab berdasarkan kelebihan besar 10 mata ke atas Bayern yang akan turun menentang Borussia Dortmund awal pagi esok.

Ia sekali gus terus mencerahkan peluang buat Leverkusen untuk merangkul kejuaraan trebel musim ini apabila masih lagi bersaing dalam saingan Piala DFB dan Liga Europa.

Ketua jurulatih Leverkusen, Xabi Alonso berharap pencetak gol utama, Victor Boniface yang telah menyumbang 16 gol dalam semua kejohanan, tidak mengambil masa lama untuk mendapatkan rentak terbaiknya sejak mengalami kecederaan otot pada Januari lalu.

Ketiadaan Boniface digalas dengan baik oleh penyerang Republik Czech, Patrik Schick yang telah mencetak 10 gol dalam 20 perlawanan dan dibantu ­Exequiel Palacios serta Jonas Hofmann selepas kedua-duanya pulih daripada kecederaan.

Bagaimanapun, Leverkusen tidak boleh mengambil mudah kerana Hoffenheim pernah memberikan kesukaran kepada mereka apabila bangkit meledak dua gol selepas ketinggalan 0-2 biarpun akhirnya tewas 2-3 ketika kali terakhir bertemu pada November lalu.

Hoffenheim yang dibimbing Pellegrino Matarazzo tidak berada pada tahap terbaik apabila hanya berupaya meledak dua kemenangan daripada semua aksi tahun ini dengan menewaskan Werder Bremen dan Dortmund.

Disebabkan itu, Hoffenheim amat terdesak untuk kembali mengutip tiga mata bagi memperbaiki kedudukan mereka dalam carta liga dalam usaha meraih slot ke pentas Eropah musim depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI