fbpx

Jadi duta produk, Bella Astillah ‘singkirkan’ Ruhainies

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Selepas mengaburkan wajah selebriti sensasi Ruhainies, jenama penjagaan kesihatan, Kitsui Malaysia bertindak memilih pelakon dan penyanyi, Bella Astillah sebagai wajah baharu kempen publisiti rangkaian produk syarikat berkenaan.

Berita serta kempen memperkasakan wanita yang menjadi misi bersama syarikat terbabit dikongsikan pemilik nama sebenar Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, itu dalam hantaran Instagramnya, baru-baru ini.

Sebagai mukadimah kepada kerjasama berkenaan, isteri kepada pelakon Aliff Aziz itu turut menitipkan kata-kata semangat buat semua wanita, terutama golongan yang berdepan gelombang kehidupan.

“Wanita dilahirkan istimewa. Harus tetap kuat meski hampir menyerah, tetap sabar meski hampir mengeluh, tetap jua bangkit meski hampir terjatuh.

“Jadilah wanita yang lebih kuat untuk kehidupan lebih baik,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut ibu kepada dua cahaya mata itu teruja dengan pemilihan Bella yang disifatkan sebagai langkah bijak dilakukan syarikat terbabit.

“Ini baru sesuai jadi jadi duta,” tulis seorang netizen.

“Barulah wanita dokong wanita,” kata pengikutnya

“Disebabkan Bella, saya akan sokong jenama ini,” ujar pemilik akaun media sosial lain.

Sebelum ini, Ruhainies pernah menjadi wajah kepada jenama produk sama sebelum terpalit kes ditangkap khalwat bersama Aliff yang juga suami Bella.

Susulan kontroversi yang hangat diperkatakan, pengurusan
tertinggi jenama berkenaan mengambil langkah ‘censored’ atau mengaburkan wajahnya dalam klip video promosi mereka.

Pihak berkenaan jelas tidak berkompromi dalam soal imej seseorang selebriti yang mewakili jenama itu kerana wajah dua lagi artis yang menjayakan kempen sama iaitu Hisham Hamid dan Wany Hasrita tidak dikaburkan.

Pada 9 Mac lalu Ruhainies dan Aliff ditangkap Jabatan Agama Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) di kediaman pelakon wanita itu, dan dua hari kemudian Bella mengajukan permohonan perceraian.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI