fbpx

Dua disahkan maut dan dua cedera parah bas terbalik di Karak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa kemalangan ketika dibawa untuk mendapatan rawatan di Hospital Bentong.

BENTONG – Polis mengesahkan dua penumpang maut dalam kejadian sebuah bas persiaran terbalik di Kilometer 51.4 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, kejadian turut menyebabkan dua penumpang cedera parah dan 11 orang mengalami kecederaan.

“Dua mangsa yang maut merupakan seorang lelaki warga asing nanakala seorang lagi adalah wanita yang belum dikenalpasti identiti.

“Mangsa yang cedera parah pula adalah pemandu lelaki warga tempatan dan seorang lelaki warga tempatan manakala 11 lagi cedera,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya mangsa yang maut dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat dan mangsa yang cedera dirawat di hospital sama.

Katanya, berdasarkan siasatan awal bas berkenaan yang membawa 20 penumpang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI