fbpx

7,000 bekas nasi beriani ‘licin’ tidak sampai satu jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMED ARIB (kanan) bersama ahli PRIM melihat nasi beriani yang diagihkan secara percuma kepada orang ramai di Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh hari ini.

IPOH – Sebanyak 7,000 bekas nasi beriani ‘licin’ dalam tempoh kurang satu jam selepas diagihkan secara percuma kepada orang ramai di Masjid Sultan Idris Shah II, di sini hari ini.

Agihan nasi beriani sebagai juadah berbuka puasa itu merupakan tradisi tahunan yang dianjurkan buat kali kelima oleh Persatuan India Muslim Perak (PRIM).

Pada program tersebut, sebanyak 800 ekor ayam dengan lebih 800 kilogram (kg) beras dimasak secara bergotong-rotong dengan dibantu anggota PRIM dan sukarelawan masjid.

Tinjauan di lokasi mendapati orang ramai mula berkumpul di pekarangan masjid sejak pukul 2.30 petang sebelum agihan juadah bermula pada pukul 4 petang.

Pengerusi PRIM, Mohamed Arib Aliah berkata, sebanyak 24 periuk digunakan bagi memasak nasi dengan proses penyediaan bahan bermula pada pukul 12 tengah malam tadi.

“Proses memasak nasi beriani bersama ayam masak merah dan kuah dalca ini bermula pada pukul 6 pagi dan selesai tengah hari tadi.

“Sambutan yang diterima sangat baik apabila tidak sampai satu jam, 7,000 bekas nasi beriani yang disediakan habis diagihkan kepada orang ramai,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, seorang penduduk, Raihan Hassan, 51, berkata, dia yang tinggal di Temoh, Tapah itu pertama kali menerima nasi beriani berkenaan.

“Kebetulan saya datang ke rumah adik di Tambun dan mereka beritahu ada nasi beriani diedarkan secara percuma di sini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI