JAKARTA – Seorang pengguna platform TikTok menemui imej neneknya yang sedang mengeringkan lebihan nasi di halaman rumah, lapor akhbar Okezone semalam
Menurut pengguna TikTok berkenaan, neneknya meninggal dunia beberapa tahun yang lalu.
“Pada tahun 2019 nenek saya dirakam oleh kamera Google Maps ketika sedang mengeringkan nasi,” tulis akaun @Difashop dalam catatannya.
“2023 lalu nenek saya sudah tiada,” katanya sambil berkongsi gambar kediaman arwah yang kini sepi.
Walaupun neneknya telah meninggal dunia, dia berasa gembira kerana dapat mengingati sosok nenek setiap kali melihat aplikasi Google Maps. Dia juga mengucapkan terima kasih kepada aplikasi berkenaan kerana merakam detik berharga itu.
“Terima kasih Google Maps kerana merakamkan detik ini,” tulisnya penuh emosi.
Trend carian gambar dari tahun ke tahun di Google Maps semakin tular di media sosial. Ramai netizen berkongsi pengalaman mereka bersama aplikasi berkenaan. – AGENSI