fbpx

Penjawat awam rugi RM23,000 diperdaya Macau Scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Seorang penjawat awam mengalami kerugian RM23,000 selepas diperdaya suspek yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kejadian penipuan Macau Scam di Tanah Merah pada Isnin lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kelantan, Superintendan Ahmad Azizul Mohamed berkata, siasatan awal mendapati, mangsa wanita berusia lewat 30-an telah menerima panggilan daripada suspek.

Katanya, menerusi panggilan itu, suspek memaklumkan bahawa mangsa mempunyai tunggakan cukai LHDN sebanyak RM38,000 oleh syarikat mangsa yang kononnya didaftarkan di Kuantan, Pahang.

Menurutnya, mangsa telah menafikan memiliki perniagaan tersebut sebelum dia dihubungkan kepada beberapa suspek lain yang menyamar sebagai pegawai polis.

“Menerusi perbualan itu, suspek yang menyamar sebagai polis itu menyatakan mangsa juga terlibat dengan siasatan kes dadah dan penggubahan wang haram.

“Mangsa turut diminta untuk menyenaraikan akaun bank yang dimilikinya termasuk akaun Tabung Haji,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Menurut Ahmad Azizul, suspek kemudian mengarahkan mangsa supaya memindahkan semua wang di dalam akaun bank ke satu akaun bank lain milik mangsa yang telah dipilih suspek. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI