KUALA LUMPUR– Berbaki dua minggu lagi menjelang hari raya, peniaga-peniaga bazar Aidilfitri berharap jualan mereka di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Masjid India, di sini akan semakin rancak. Mereka menjangkakan orang ramai akan membanjiri sekitar Jalan TAR dan Masjid India untuk membeli barangan keperluan dan kelengkapan hari raya pada hujung minggu ini dan saat-saat akhir menjelang hari raya. Ketika ini, jualan bazar Aidilfitri di sekitar Jalan TAR dan Masjid India masih suram meskipun Ramadan sudah memasuki hari ke-17…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya