fbpx

F1: Verstappen pilihan utama Mercedes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN masih mempunyai kontrak jangka masa panjang bersama Red Bull sehingga 2028. – AFP

LONDON – Ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff tanpa berselindung menamakan Max Verstappen dalam senarai teratas untuk menggantikan tempat Lewis Hamilton musim depan.

Bagaimanapun, Mercedes dijangka berdepan kekangan untuk mendapatkan Verstappen kerana juara dunia Formula Satu (F1) tiga kali berturut-turut itu masih mempunyai kontrak dengan Red Bull sehingga musim 2028.

Bagaimanapun, masa depan Verstappen bersama Red Bull dikatakan semakin retak terutama hubungan bapanya, Jos dan prinsipal pasukan, Christian Horner.

Pada saat ini, Mercedes sedang mencari pemandu terbaik selepas terpaksa melepaskan Hamilton penghujung musim ini kerana pemandu Great Britain tersebut menyertai Ferrari menggantikan tempat Carlos Sainz.

“Kami mempunyai satu slot tersedia dan jika Max (Verstappen) memutuskan untuk sertai (Mercedes), maka kekosongan itu tidak akan ada lagi,” kata Wolff.

Ditanya sama ada Verstappen akan menjadi pilihan nombor satu tahun depan, Wolff bersedia sekiranya pemandu Belanda itu memilih menyertai mereka.

“Ya. Anda lihat tahap prestasi­nya, tetapi saya tidak mahu menafikan kemampuan pemandu yang lain juga,” tambah Wolff.

Wolff cuba menandatangani Verstappen ketika zaman remaja tetapi tidak dapat menawarkannya kerusi F1 ketika itu sebelum dia menyertai Red Bull pada 2016.

Dalam masa sama, Wolff juga menyebut juara dunia berganda iaitu Fernando Alonso, Sainz dan pelumba F2, Kimi Antonelli turut berada radar pasukannya musim depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI