fbpx

Bekas pelajar IPT dijel 30 tahun edar ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD Nur Arif Nur Akil dibawa ke Kompleks Mahkamah Seremban hari ini. -Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN / KOSMO!

SEREMBAN – Mahkamah Tinggi Seremban hari ini memerintahkan seorang bekas pelajar institut pengajian tinggi (IPT) menjalani hukuman penjara 30 tahun dan dikenakan 12 sebatan atas kesalahan mengedar dadah jenis Kanabis seberat 1.9 kilogram, empat tahun lalu.

Muhammad Nur Arif Nur Akil 26, terlepas hukuman mati selepas mahkamah menggunakan kuasa budi bicaranya dengan menggantikan hukuman gantung dengan tempoh pemenjaraan dan dikenakan sebatan minimum.

Hukuman itu diputuskan Hakim, Datuk Rohani Ismail.

Rohani dalam penghakimannya berkata, keputusan hukuman dibuat selepas mendengar dan menimbang rayuan litigasi peguam tertuduh dan hujahan pihak pendakwaan.

Terdahulu, peguam, Shah Rizal Abdul Manan yang mewakili tertuduh berhujah, tertuduh adalah anak bongsu daripada tiga beradik dan kesalahan yang dilakukan merupakan kesalahan pertama tertuduh.

“Dalam lingkungan usia yang masih muda dan dalam fasa membentuk diri, saya percaya tertuduh belum mampu menilai dan berfikiran wajar menyebabkan terjerumus dalam kesalahan ini.

“Dia sebenarnya mempunyai masa depan yang cerah pada masa itu. Saya percaya hukuman bukan untuk menghukum tetapi untuk pastikan menjadi orang berguna. Tertuduh juga ada menyatakan hasrat ingin melanjutkan pelajaran di dalam tahanan dan secara tidak langsung tertuduh mahu menjadi orang berguna pada masa akan datang,” katanya.

Katanya lagi, kejadian yang berlaku ke atas tertuduh berlaku pada pandemik dan pada masa itu pembelajaran tertuduh tersekat dan menyebabkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku selain mengambil kira jenis dadah kanabis yang merupakan dadah jenis soft. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI