fbpx

Saarani angkat sumpah Menteri Besar Perak ke-14

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani ketika mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak ke-14 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar hari ini.

KUALA KANGSAR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perak ke-14 di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini.

Saarani, 59, mengangkat sumpah pelantikan Menteri Besar Perak pada pukul 11.20 pagi di Istana Iskandariah di sini.

Pengerusi UMNO Perak tersebut sebelum itu menerima watikah pelantikan daripada Sultan Nazrin sebelum mengangkat sumpah pada Istiadat Kurniaan Tauliah Lantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Perak.

Beliau turut mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negera Perak di hadapan Sultan Nazrin sebelum menandatangani surat pelantikan dengan disaksikan Hakim Utama Mahkamah Tinggi Ipoh Datuk Hisham Hashim.

Berangkat sama, Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Dihilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.

Sultan Nazrin telah memberi perkenan pelantikan Saarani berpandukan Perkara 16 Fasal 2(a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak setelah pada timbangan baginda ADUN Kota Tampan itu boleh mendapat kepercayaan sebahagian besar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Sabtu lalu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak selepas gagal mendapat sokongan menerusi usul undi percaya terhadapnya dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dibawa Datuk Abd. Manap Hashim (BN-Pengkalan Baru).

Dalam undian tersebut, Ahmad Faizal hanya mendapat 10 undi sokongan berbanding 48 menentang manakala satu berkecuali atau rosak. -K! ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI