fbpx

Lelaki warga emas maut sesat mendaki bukit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Kehilangan seorang lelaki warga emas yang sesat di sebuah bukit berdekatan Persiaran Shorea, Seksyen U16 di sini, sejak semalam terungkai apabila mayatnya ditemui petang tadi.

Mayat warga tempatan berusia 64 tahun yang mendaki di kawasan berkenaan dijumpai pukul 7.50 petang.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati mangsa mendaki bersendirian, kira-kira pukul 9.30 pagi semalam.

Menurut beliau, lelaki itu kemudian menghubungi anaknya pukul 3.43 petang hari sama selepas gagal menemui jalan pulang.

“Gerakan mencari dan menyelamat kemudian dilakukan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong namun gagal mengesan mangsa. Mangsa bagaimanapun dijumpai orang awam dan didapati meninggal dunia,” katanya malam tadi.

Mohd. Iqbal menambah, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Shah Alam bagi tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI