fbpx

Mahsuri Dagang, Media Mulia agih 1,000 pek bubur lambuk percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Hasnan (dua kanan) bersama Mohd. Roslan (kanan) mengedarkan pek bubur lambuk dan Kicap Manis Pedas Mahsuri Dagang kepada penduduk di sekitar PPR Seri Semarak, hari ini. Foto M. FIRDAUS M. JOHARI/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Mahsuri Dagang Sdn. Bhd. (Mahsuri Dagang) bersama Media Mulia Sdn. Bhd. (Media Mulia) mengedarkan sebanyak 1,000 bubur lambuk percuma kepada penduduk di sekitar Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak, Setapak, di sini hari ini.

Edaran pek bubur lambuk yang turut diisi satu botol Kicap Manis Pedas Mahsuri Dagang adalah sebahagian usaha menyemarakkan bulan Ramadan menerusi program Kongsi Berkat Bubur Lambuk yang diadakan di Surau Al-Husna Seri Semarak.

Pengarah Mahsuri Dagang, Datuk Mohd. Roslan ­Mahayudin berkata, beliau berharap penganjuran program seumpama itu dapat mengetengahkan lagi jenama pengeluar sos dan kicap tempatan tersebut.

“(PPR Seri Semarak) ini merupakan lokasi ketiga dan terakhir untuk program Berkat Kongsi Bubur Lambuk bersama Media Mulia. Sebelum ini kita sudah laksanakan di Putrajaya dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

“Selain dapat mendekati penduduk setempat, kita juga boleh menguar-uarkan jenama Mahsuri Dagang supaya lebih dikenali ramai,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Turut hadir, Pengarang Kosmo!/ Kosmo! Ahad, Wan Hasnan Wan Hasan serta Ketua Perhubungan dan Pembangunan Masyarakat Mahsuri Dagang, Lailah Che Mohd. Dairus.

Dalam pada itu, Lailah berkata, kolabrasi Mahsuri Dagang dan Media Mulia sebagai penganjur merupakan suatu langkah yang baik bagi mempromosikan produk berkenaan.

“Tidak dapat dinafikan peranan media adalah penting untuk kita sama-sama bergerak ke hadapan. Bagi saya, Utusan Malaysia dan Kosmo! merupakan media rakyat tempatan. Jadi, saya harap kerjasama ini dapat diteruskan,” jelasnya.

Sementara itu, Pengerusi Surau Al-Husna Seri Semarak, Mahat Yunus berkata, pihaknya sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan semua pihak demi manfaat penduduk PPR Seri Semarak.

“Kita berbesar hati menerima sumbangan daripada Mahsuri dan Media Mulia dan ia merupakan suatu program yang baik sempena Ramadan. Di samping itu, kita juga dapat mengukuhkan lagi hubungan antara penduduk di sini,” jelasnya.

Selain itu, Ketua Tukang Masak Fatihi Ahmad, 60, berkata, dia bersama 10 ahli biro muslimah surau itu mula menyediakan juadah tersebut bermula pukul 8.30 pagi.

Fatihi yang berpengalaman selama 30 tahun sebagai tukang masak menggunakan resepi turun-temurun dan menyediakan dua jenis bubur lambuk iaitu ayam dan daging.

Katanya, dia hanya menggunakan bahan-bahan terbaik, termasuk udang kering dan lada hitam untuk menaikkan aroma dan rasa bubur lambuk berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI