fbpx

Ingin lebih masa dengan anak, Diana Danielle perlahankan karier seni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIANA DANIELLE

PETALING JAYA – Pelakon Datin Diana Danielle berhasrat memperlahankan karier seni demi memberi sepenuh perhatian terhadap keluarga.

Menerusi satu hantaran Instagram, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 29, memberitahu, niat tersebut muncul kerana tidak sanggup lagi untuk berjauhan dengan dua orang anaknya.

“Tiada seorang ibu pun rasa gembira apabila berjauhan dengan anak mereka. Saya bukan jenis ‘clingy’ tetapi sekarang saya pula jadi begitu.

“Setiap kali berada di set penggambaran, hati pasti rasa berat dan bersalah kerana tidak dapat luangkan masa bersama anak,” katanya.

Kongsi pelakon drama Raisha itu, setiap kali selepas tamat satu projek, dia akan berehat selama sebulan untuk memberi tumpuan kepada keluarga sepenuhnya.

“Setiap kali mana-mana projek berakhir, saya akan berehat sekurang-kurangnya selama sebulan, kemudian baru boleh pujuk hati untuk bekerja semula.

“Saya perlukan masa itu sebab akan rasa sangat stres (tertekan) apabila rindu anak-anak, ketika itu emosi akan sangat terganggu dan tak ada hati nak bekerja,” luahnya lagi.

Tambah isteri kepada Datuk Farid Kamil itu, dia bercadang ingin memperlahankan kerjaya seninya bermula pada tahun hadapan.

“Saya sudah berkorban banyak perkara tahun ini termasuk masa, usaha dan duit.

“Tahun depan saya ingin jadi ibu yang sentiasa berada di rumah. Insya-Allah,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Diana juga turut meluahkan hasrat untuk melancarkan sebuah lagu dan menghasilkan lebih banyak karya seni.

Terdahulu, Diana dan Farid yang mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dikurniakan  sepasang cahaya mata, Muhammad, 7, dan Nur Aurora yang kini berusia 5 tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI