fbpx

Pemandu rentung dalam treler jatuh gaung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pemandu lori maut dalam keadaan menyayat hati apabila terbabit dalam nahas dua buah kenderaan berat di kilometer 255, Lebuhraya Utara Selatan (arah Utara), di sini, petang tadi. -IHSAN BOMBA

SEREMBAN – Seorang pemandu maut dalam keadaan menyayat hati apabila terbabit dalam nahas dua buah kenderaan berat di Kilometer 255, Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara), di sini, petang tadi.

Juru cakap Pusat Gerakan Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan berkata, seramai 26 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 3.20 petang tadi.

“Sebaik tiba di lokasi, terdapat kebakaran membabitkan sebuah treler membawa muatan kontena kosong susulan daripada kemalangan jalan raya melibatkan dua buah treler yang terbabas jatuh ke dalam gaung kira-kira 10 meter.

“Terdapat seorang mangsa lelaki Melayu berusia anggaran 30-an tersepit dan rentung berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujarnya lagi, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada pukul 5.24 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI