fbpx

Pengemis guna kod QR terima sedekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pengemis yang buta menggunakan kod QR bagi menerima sedekah di Guwahati baru-baru ini. - Foto X/NDTV

NEW DELHI – Seorang pengemis yang buta di Guwahati, negeri Assam telah menarik perhatian pengguna media sosial kerana cara mereka meminta sedekah yang unik, lapor portal berita Hindustan Times kelmarin.

Dalam video yang tular di platform X, pengemis yang dikenali sebagai Dashrath menerima sedekah melalui pembayaran secara digital. 

Dashrath dilihat memakai kalung yang mengandungi Kod Repons Pantas (QR) sebelum menghampiri dua orang di dalam kereta. Salah seorang daripada mereka mengimbas kod QR tersebut dan memberi sebanyak 10 rupee (RM0.57). 

Pengemis itu kemudian mendekatkan telefon bimbit ke telinganya untuk mendengar bunyi notifikasi yang menunjukkan wang itu telah memasuki ke akaunnya. 

Ini bukan kali pertama pengemis di India menggunakan pembayaran digital bagi menerima sedekah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI